Showing posts with label TIPS BUSANA. Show all posts
Showing posts with label TIPS BUSANA. Show all posts

Monday, 1 December 2014

CARA-CARA MEMBASUH TUDUNG YANG LUNTUR WARNA

A. CARA-CARA MEMBASUH TUDUNG YG LUNTUR WARNA

Untuk sesetengah tudung denim / tudung awning corduroy (terutama yg berwarna gelap), warna body / awning mungkin akan luntur dan terkena kepada bahagian lain ketika dibasuh dan dijemur. Kami ingin kongsikan cara-cara untuk membasuh tudung sebegini :)

1. Basuh dlm baldi dgn air yg banyak. Sekiranya tudung luntur anda akan dapat lihat warna air berubah di dalam baldi. Jangan campurkan dgn pakaian @ tudung lain sekiranya warna luntur.

Friday, 4 July 2014

PANDUAN PENJAGAAN TUDUNG DENIM CHIFFON

A. CARA-CARA MEMBASUH TUDUNG DENIM CHIFFON
Untuk sesetengah kain denim yg berwarna gelap, warna denim mungkin luntur dan kena pada chiffon ketika tudung dijemur. Kami ingin kongsikan cara-cara untuk membasuh tudung jenis ini :)
1. Basuh dlm baldi dgn air yg banyak. Sekiranya tudung luntur anda akan dapat lihat warna air berubah di dalam baldi. Tukar air dalam baldi beberapa kali sehingga air di dalam baldi lebih jernih dari sebelumnya.
2. Perah tudung menggunakan tangan (kecuali bahagian awning).
3. Masukkan tudung ke dalam 'net' mesin basuh, dan kemudian masukkan ke dalam mesin basuh. PERINGATAN - hanya masukkan sehelai tudung tersebut ke dalam mesin basuh, JANGAN campurkan dgn pakai lain. Pilih proses SPIN sahaja. Anda tidak perlu risau awning rosak sbb anda hanya SPIN sehelai tudung jadi tudung tidak tersepit atau bergulung dgn pakaian lain.
4. Setelah selesai, anda akan dapati bahagian denim lebih kering. Anda boleh jemur tudung seperti biasa - jangan jemur di bawah panas matahari ya :)
PENERANGAN:
  • Penggunaan air yg banyak ketika dibasuh adalah supaya warna yg luntur tidak melekat pada chiffon.
  • Kain denim sgt lambat utk kering sepenuhnya dan warna mungkin masih turun ketika dijemur. Jika hanya diperah dgn tangan, air yg mengalir dari kain denim mungkin akan terkena pada chiffon.Dengan menggunakan mesin basuh, bahagian denim akan lebih kering dan air tidak akan mengalir mengenai chiffon.
Biasanya selepas beberapa kali basuhan, warna denim tidak akan luntur lagi :)