Monday 1 December 2014

CARA-CARA MEMBASUH TUDUNG YANG LUNTUR WARNA

A. CARA-CARA MEMBASUH TUDUNG YG LUNTUR WARNA

Untuk sesetengah tudung denim / tudung awning corduroy (terutama yg berwarna gelap), warna body / awning mungkin akan luntur dan terkena kepada bahagian lain ketika dibasuh dan dijemur. Kami ingin kongsikan cara-cara untuk membasuh tudung sebegini :)

1. Basuh dlm baldi dgn air yg banyak. Sekiranya tudung luntur anda akan dapat lihat warna air berubah di dalam baldi. Jangan campurkan dgn pakaian @ tudung lain sekiranya warna luntur.
2. Perah tudung menggunakan tangan (kecuali bahagian awning).

3. Masukkan tudung ke dalam mesin basuh utk dikeringkan. Pilih proses SPIN sahaja. PERINGATAN: Jangan campurkan tudung dgn pakaian lain, hanya spin tudung sahaja. Anda boleh spin 3-4 helai tudung pada satu masa (bergantung kepada saiz mesin basuh) namun seeloknya susunkan tudung di dasar mesin basuh supaya tudung tidak tersepit atau bergulung dgn tudung yg lain. Pastikan bahagian awning tidak tersepit utk memastikan awning tidak rosak ketika proses spin.

4. Setelah selesai, anda boleh jemur tudung seperti biasa - jangan jemur di bawah panas matahari ya :)

PENERANGAN:

Penggunaan air yg banyak ketika dibasuh adalah supaya warna yg luntur tidak melekat pada bahagian tudung yg lain.
Kain denim / corduroy sgt lambat utk kering sepenuhnya dan warna mungkin masih turun ketika dijemur. Jika hanya diperah dgn tangan, air yg mengalir mungkin akan terkena pada bahagian lain. Dengan menggunakan mesin basuh, ia akan lebih kering dan air tidak akan mengalir mengenai bahagian tudung yg lain.
Biasanya selepas beberapa kali basuhan, warna denim / corduroy tidak akan luntur lagi :)

Terima kasih kerana membeli belah di Saeeda Collections! 

No comments:

Post a Comment